Thursday, 5 September 2013

Asslamualaikum w.b.t. perkongsian gadget saya pada kali ini membawa kepada apa itu power bank. power bank? siapa yang tak kenal dengan benda ni?,, lagi-lagi pada mereka yang kaki gadget dan juga kaki travelling ni,, benda ni boleh dikatakan memerlukan jika. tambahan lagi device sekarang yang banyak makan bateri.. macam smartphone contohnya.. 

     Power bank diibaratkan sebagai external supply power untuk mengecas bateri. Ianya akan digunakan apabila smartphone anda kehabisan bateri. mudahnya benda ini ia perlu dicas penuh bagi penyimpanan powernya, dan apabila penuh ianya boleh dibawa kemana sahaja untuk digunakan sebagai cas ketika anda diluar. mudah kan? tak perlu anda mencari soket ketika anda diluar semata-mata hanya untuk mengecas handphone anda..

     Untuk membeli power bank ini, perkara pertama yang anda perlu lihat adalah berapa supply powernya. Ianya dipanggil mAh iaitu Milliamps Hour. mAh ini merupakan kekuatan ataupun kapasiti bateri dalam power bank tersebut. jikalau semakin tinggi mAh itu, semakin banyak kali kita boleh pakai power bank itu untuk mengecas device kita. Kalau kecik mAhnya, akan berlaku sebaliknya. begitu juga semasa mengecas power bank ini, semakin tinggi mAhnya, makin lama lah benda tu nk penuh kan? cm isi air dalam tong jugak lah, kalau guna tong yang besar untuk isi air, kan lambat nk penuh.

     Ok, selepas korang tengok mAh dia, kedua korng tengok berapa slot charger yang dia ada. kadang-kadang ada sesetengah power bank ni ada satu slot je charger dia. depend lah pada korang yang nak pakai. kalau bagi siapa yang nk cas 2 device dalam satu masa ambillah yang power banknya ada dua slot charge. ok, untuk slot charge dalam power bank ini. terdapat 2 kebiasaannya yang biasa dilihat di pasaran. Yang pertama slotnya powernya mungkin agak rendah dan kebiasaannya digunakan untuk smartphone yang kecik2. kebiasaannya power supply ni dalam 5V/1.0 a. slot yang kedua plak kebiasaanya powernya dalam 5V/2.1 a. ianya biasa digunakan untuk device yang besar macam tab. sebab tab kan banyak gunakan bateri.

     Bila korang dah tahu untuk slot power bank, korang perlu tahu slot mana yang sesuai dengan device korang, (jangan main masuk ke) xpasal2 panas semacam hanphone korang nanti. ok, firstly korang mesti tahu berapa mAh device korang, nak check? senang je, pergi google. Type jenis hp, ok dekat situ dia ada nyatakan spesifikasi hp korang cmne, sebagai contoh ea 








     Ok, gambar yang pertama tu nampak kan berapa mAh dia? 4000 mAh kan? jadi korang kena lah guna slot power bank yang powernya 5V/2.1 a. 2.1 a ni merujuk kepada 2100 mAh. Jadi slot supply power ni had dia untuk 2100 mAh keatas sahaja. Untuk 4000 mAh tu kena lah masuk dekat slot yang kedua. Jadi bila cas pun supply powernya untuk cas device tu akan cepat penuh sebab sesuai dengan power mAh device tu. Untuk gambar kedua tu korang kena masuk slot yang pertama yang power dia 5v/1.0 a sebab had mAh device tu dalam 1305 mAh. Sebelum nak cas better tengok korang punya devicenya berapa mAh. ok?

     Akhir sekali korang mesti bertanya kepada orang kedai ataupun lihat power bank tu, ada tak soket untuk cas power bank tu, kadang-kadang ada sesetengah produk ni dia x sediakan tempat soket untuk cas. jadi kalau terjadi macam tu, better korang pergi cari soket cas usb untuk digunakan mengecas power bank. Ataupun kalau tak beli pun xmengapa, korang boleh guna cas yang sedia ada. Janji cas hp korang tuh dia pnya kepala jenis cas usb yang boleh cabut wayarnya. pakai tu pun boleh. Memang benda ni diaggap mudah tetapi perlu diambil tahu.


     Sebelum nak habiskan cerita cerita, power bank ni merupakan satu barang keperluan lah bagi siapa yang kerap kali gunakan smartphone ketika berada di luar. post ni sekadar untuk penambah pengetahuan tentang keperluan gadget terkini. Sekian terima kasih kerana meluangkan masa membaca sedikit sebanyak berkaitan post ni. :)

2 comments:

  1. Perkongsian yang amat menarik!! tapi saya nak tanya 1 soalan la, berapa jam lamakah kita patut cas power bank kita? sebab saya risau kalau lama cas akan mendatangkan kesan buruk pada power bank saya. Terima kasih sebab sudi berkongsi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. Memang benar jikalau cas yang lama akan mendatangkan kerosakan kepada power bank anda. Tetapi, bagi sya untuk kgunaan yang pertama better ucas dalam 8-10 jam. Dan selepas itu cas yang kali kedua dan seterusnya cas hingga penuh then cabutkan. Ok?

      Delete