Hello3,, post pada kali ni pula, aku nak post berkaitan dengan energy management pada laptop yang menggunakan perisian windows terbaru iaitu windows 8.
Ok lah, baru-baru ni aku dah angkat satu laptop ni, aku angkat laptop ni pun atas nasihat member aku yang boleh lah dia punya kepakaran dalam bidang ni. Sesuai dengan budget dan spesifikasi yang aku hendak. Aku angkat lah notebook jenama lenovo yang menggunakan perisian wondows terbaru iaitu windows 8. Apa yang menarik sal laptop ni, sebelum aku nak beli (tengah-tengah) nak survey laptop, member aku ni dia terangkan apa yang ada pada laptop yang aku beli ni dengan laptop yang lain. Dengan tu r aku dapat tahu sal energy management ni.
Apa yang aku tahu, energy management ni merupakan satu software dimana terdapat 4 menu didalam software tersebut iaitu power plan, battery, dust removal dan intellegence power saver iaitu ianya hanya melibatkan penggunaan hard disc.
Dalam energy management ni, apa yang aku lihat, ia mempermudahkan lagi penggunaan hardware dalam laptop. bagi menu yang pertama iaitu power plan, benda ni merupakan benda yang asas yang mesti ada dalam kesemua laptop. Ianya akan melibatkan penggunaan yang kita akan tetapkan. Kegunaan power plan ini adalah jikalau kita menggunakan bateri dan hendak menggunakan laptop dengan power yang rendah, kita boleh memilih power saver. begitu juga dengan penggunaan high performance. penggunaan high perfomance ini boleh dipakai jikalau menggunakan direct pada plug sambung ke laptop. Kegunaan high perfomance kebiasaanya akan menambahkan kuasa dalam hardware untuk memproses dengan lebih laju dari biasa apabila sedang melakukan sesuatu pemindahan file didalam laptop.
Yang keduanya ialah battery. bagi menu battery ini, didalam software ini menyediakan dua pilihan iaitu pertamanya ialah maximum battery life dan optimized battery health. Untuk maximum battery life ni ialah tetapan bagi user yang hendak plug yang terus ke laptop tu cas bateri laptop hingga 100%. tetapi harus peka aapabila bateri telah penuh ahris segera mematikan cas, kalau tidak macam biasa lah, bateri akan rosak. Berbeza pula dengan optimized battery health ini, apabila kita tetapkan penggunaan ini, kita tidak perlu risau, walaupun kita biarkan plug on, bateri anda tidak akan terus penuh seperti maximum battery life kerana ianya menetapkan 60% sahaja untuk mengecas dan selebihnya ia akan bertukar kepada penggunaan current direct. dengan menggunakan energy management ini, kita tidak perlu menanggalkan bateri laptop walaupun ketika sedang buat kerja.
Seterusnya ialah dust removal. Dust removal ini berfungsi untuk membuang habuk didalam laptop anda. Tetapi pembuagan habuknya tidaklah sepenuhnya, ia hanya membuang mula dari keyboard hingga ke luar tempat fan. selebihnya, pengguna itu sendiri perlu menjaga laptop dia jangan diletakkan pada tempat yang berhabuk lebih-lebih lagi atas tilam.
Akhir sekali ialah intellegence power, benda ni aku tak pernah test lagi apa fungsinya sebab ianya berkaitan hard disc, karang test2 ke klinik (kedai komputer) karang.. Haha.. Dah kena keluar fulus (RM).. :). Dan aku tak tahu lah software ni mugkin ada pada brand laptop lain. Ini cuma perkongsian sahaja berkaitan software ini, ok?
Ok lah, ni je perkongsian aku pada kali ni, aku tak lah pandai bab komputer ni, ni just perkongsian ilmu berkaitan dunia it.. :)
No comments:
Post a Comment