Hilang telefon tu sewaktu aku bersukan, aku letak telefon dalam beg, padahal banyak lagi budak-budak lain yang telefon yang lebih mahal dari aku, letak bersepah-sepah lagi. Tapi tak hilang. last-last telefon aku jadi mangsa. Tambah lagi yang sedihnya tu dapat tahu yang ambilnya bukan lah orang luar, tetapi kawan kita juga. Rasa geram pun ada, marah pun ada. Tapi apa yang kita nak buat? tak ada bukti yang mengesahkan telefon yang dia ambil tu adalah kita punya. pencuri ni macam-macam dia boleh buat nak ngelakkan diri dia. ok lah, tanpa buang waktu, disini aku nak kongsikan beberapa tips untuk mencari bukti bahawa telefon yang hilang itu samda ianya adalah milik kita ataupun tidak
Pertamanya, pernah tak waktu kita beli telefon semasa di kedai, orang kedai akan mengeluarkan satu resit. dimana kalau kita lihat, disitu akan dia tulis apa yang diberikan dalam kotak telefon, seperti charger ke earfone ke or sewaktu dengannya. pastu warranty, harga dan yang paling penting akan adanya tulis EMEI. EMEI itu merupakan kod siri sesuatu telefon itu. No itu adalah tetap dan tidak akan berubah. jadi apabila telefon anda hilang, dengan mudahnya kita perlu check no EMEI telefon itu samada sama ataupun tidak dengan yang ditulis didalam resit semasa pembelian telefon tersebut.
Bagaimana nak check no EMEI tu? ha, senang je, pergi tekan dekat keypad phone, tekan *#06#. Secara automatiknya akan keluar no tu. Jika sama no tu dengan no EMEI dalam resit yang kita beli, sah2 memang telefon tu kita punya. (kantoi sudah) haha.
Selebihnya, korang kena lah pandai trick pencuri tu supaya nampakkan dia gelabah. Jadi dari situ nampak lah kesalahan dia. Haha. Antara aku bagi contoh, Jikalau jumpa tu adalah telefon itu memang pasti ianya dicuri. Minta pencuri telefon itu resit yang menyatakan bahawa dia yang membeli telefon itu. kalau dia gelabah, nampak sangat memang telefon tu telefon curi dan korang boleh amek step yang seterusnya bagi memastikan telefon itu adalah hak milik anda. ok? penyusunan plan adalah salah satu jalan terbaik bagi menyelesaikan masalah pencurian ini. :)
Kesemua perkongsian ini adalah berkaitan dengan pengalaman yang telah aku lalui, jadi, kepada sesiapa yang senasib dengan aku ni, try gunakan cara aku ni. In sha allah, mungkin akan menjadi salah satu cara penyelesaian masalah yang melibatkan kecurian telefon. :)
No comments:
Post a Comment