Friday, 27 September 2013

update smartphone. perlu ke?

Ok lah, berkaitan dengan update smartphone. Tidak kiralah update softwarenya ke atau seumpama dengannya, bagi aku adalah menyusahkan dan akan menganggu kelancaran sistem smartphone kita. Ini berdasarkan apa pengalaman yang aku ada.

     First, kalau korang perasan, bila kita install software dari google store. Dalam beberapa hari lepas tu (atau lihat pada keadaan software tu) google store akan menghantar notification yang menyatakan software yang kita download perlu dikemaskini. Dalam hal ini, kebaikan kita kemaskini (update) software ialah bila kita buka software tu, akan terdapat beberapa perubahan berbanding dengan versi software yang belum kemaskini. akan tetapi, keburukan yang aku nampak, bila kita kemaskini software, secara automatiknya memory untuk storage software tu akan bertambah. Ini kerana, semasa kita kemaskini. Sistem akan memuat turun aplikasi yang hendak dikemaskini. dah nama pun memuat turun, automatik lah memori aplikasi itu aka bertambah, itu yang menjadi software kita semakin berat bola kita sedang menggunakannya.

     Akan tetapi, bagi mengelakkan penambahan memori jika hendak mengemaskini aplikasi. Terdapat satu cara yang aku buat iaitu aku akan clearkan data aplikasi itu. jadi, ia akan membuang kapasiti kegunaan memori aplikasi yang dahulu. apabila kita kemaskini software itu, ianya tidak akan berlaku penindihan memori antara penggunaan memori aplikasi yang dahulu dengan yang telah kemaskini.


     Tetapi bagi aplikasi game, aku tidak galakkan untuk buat clear data seperti yang aku nyatakan kat atas. Ini bukan apa, clear data ini bermaksud kita akan segala data dalam aplikasi itu. Jadi, kalau clear data bermakna apa yang korang save dalam software itu akan delete. (kira korng rugi lah, dah jauh2 level korang main game tiba-tiba levelnya dah tak ada) kena lah start balik pada awl :). ni terjadi pada diri aku. masa tu aku main game pou. (binatang yang kecik-kecik tu). dah jauh levelnya aku main, tiba-tiba nak update punya pasal dan nak bagi ringan konon lah sistem aku supaya tak bertindih memori apabila aku update, aku pun buat lah clear data. Sekali buka, amek, balik level 1.. bisa kepala. Haha. untuk game aku tak galakkan lah ok buat clear data ni. kalau nak update, update je terus. Tak perlu clear data. Kalau aplikasi selain daripada game tidak mengapa. :)

     Cerita aku yang kedua, aku pernah update ke upgrade (aku pun lupa, tapi lebih kurang lah) smartphone aku. Yang ini lagi sedap, masa sebelum nak buat, aku baca lah dulu kan segala benda yang dia nyatakan sebelum nak update phone ini, macam-macam dia kata, phone perfomance become faster than before r, appreance dia cantik lah apa lah. aku pun termakan dengan apa yang aku baca. Jadi aku pun click r update. Sekali nak update phone. restart punya restart indah khabar dari rupa. Apa yang ada sebelum tu lebih lawa dan bagus serta senang digunakan berbanding setelah update. Menyesal tak sudah aku. macam-macam aku buat, pergi factory resit lah apa lah. Tetap sama. Last choice, pergi kedai nak minta turunkan version androidnya. Ingatkan boleh, rupanya dia kata memang dah tetap and tak boleh turunkan. Nak tak nak, sabar je r. Jadi, pengguna smartphone, jangan suka-suka update phone ok? itu pun kalau korang nak pakai lama lah kan.

     kesimpulan yang aku dapat buat, kalau korang TERupdate software, kita boleh clearkan datanya dan masukkan software yang telah kita update itu. Malah, boleh juga uninstall jika tidak memerlukan software tersebut. Berbanding dengan update phone, jika dah TERclick YES. tak boleh cakap apa lah. Wait and see lah korang punya smartphone yang akan bertukar menjadi aplikasi kurang menarik seperti yang sedia kala. Ok. sekian. :)

cara kesan telefon bimbit yang hilang

Perkongsian aku pada kali ni berkaitan dengan cara nak kesan apabila telefon bimbit hilang. Post pada kali ni ada kaitan dengan pengalaman hidup aku sewaktu sekolah dulu yang kehilangan telefon bimbit. masa tu tahun 2009, masa tu terkenal dengan nama sony cybershot dan juga walkman. Masa tu aku beli sony Cybershot, tak silap k550i rasanya. haha.. Dah lama sangat, ingat-ingat lupa. pakai tak sampai setahun, rasa aku 3/4 bulan pakai dah hilang. adui, sedih dia, tak boleh nak cakap lah, orang cakap tangan tak puas lagi nak godeh telefon tu..

     Hilang telefon tu sewaktu aku bersukan, aku letak telefon dalam beg, padahal banyak lagi budak-budak lain yang telefon yang lebih mahal dari aku, letak bersepah-sepah lagi. Tapi tak hilang. last-last telefon aku jadi mangsa. Tambah lagi yang sedihnya tu dapat tahu yang ambilnya bukan lah orang luar, tetapi kawan kita juga. Rasa geram pun ada, marah pun ada. Tapi apa yang kita nak buat? tak ada bukti yang mengesahkan telefon yang dia ambil tu adalah kita punya. pencuri ni macam-macam dia boleh buat nak ngelakkan diri dia. ok lah, tanpa buang waktu, disini aku nak kongsikan beberapa tips untuk mencari bukti bahawa telefon yang hilang itu samda ianya adalah milik kita ataupun tidak

    Pertamanya, pernah tak waktu kita beli telefon semasa di kedai, orang kedai akan mengeluarkan satu resit. dimana kalau kita lihat, disitu akan dia tulis apa yang diberikan dalam kotak telefon, seperti charger ke earfone ke or sewaktu dengannya. pastu warranty, harga dan yang paling penting akan adanya tulis EMEI. EMEI itu merupakan kod siri sesuatu telefon itu. No itu adalah tetap dan tidak akan berubah. jadi apabila telefon anda hilang, dengan mudahnya kita perlu check no EMEI telefon itu samada sama ataupun tidak dengan yang ditulis didalam resit semasa pembelian telefon tersebut.

     Bagaimana nak check no EMEI tu? ha, senang je, pergi tekan dekat keypad phone, tekan *#06#. Secara automatiknya akan keluar no tu. Jika sama no tu dengan no EMEI dalam resit yang kita beli, sah2 memang telefon tu kita punya. (kantoi sudah) haha.


     Bagaimana pula bagi mereka yang hilang resitnya? sebagai backup. Bak kata pepatah 'sediakan payung sebelum hujan'. Jadi, sebelum berlaku apa-apa, seperti mana yang aku cakap tadi. first, pergi check dulu no EMEI tu dalam phone korang, then save dekat mana-mana file yang korang senang ingat dan senag dijumpai apabila diperlukan. jadi, jikalau berlaku kecurian telefon dan telah menjumpai siapa yang mengambilnya, jadikan penyimpanan EMEI tu sebagai bukti bahawa telefon itu adalah milik anda.

     Selebihnya, korang kena lah pandai trick pencuri tu supaya nampakkan dia gelabah. Jadi dari situ nampak lah kesalahan dia. Haha. Antara aku bagi contoh, Jikalau jumpa tu adalah telefon itu memang pasti ianya dicuri. Minta pencuri telefon itu resit yang menyatakan bahawa dia yang membeli telefon itu. kalau dia gelabah, nampak sangat memang telefon tu telefon curi dan korang boleh amek step yang seterusnya bagi memastikan telefon itu adalah hak milik anda. ok? penyusunan plan adalah salah satu jalan terbaik bagi menyelesaikan masalah pencurian ini. :)

     Kesemua perkongsian ini adalah berkaitan dengan pengalaman yang telah aku lalui, jadi, kepada sesiapa yang senasib dengan aku ni, try gunakan cara aku ni. In sha allah, mungkin akan menjadi salah satu cara penyelesaian masalah yang melibatkan kecurian telefon. :)

Thursday, 26 September 2013

cara nak restart smartphone 'tanam bateri' ketika hanged

:) post aku kali ni ialah berkaitan bagaimana klau nak restart device phone kalau tengah hanged dalam jangka masa yang panjang? bagi sesiapa yang menggunakan smartphone perkara cmni memang selalu akan berlaku. bagi phone yang batterynya boleh dibuka mungkin satu kemudahan bagi korang, bila hanged just bukak je battery. tapi bagi smartphone yang batterynya orang panggil tanam dalam camne pulak? nak tak nak kena tunggu juga. haha.. cmtu lah aku masa hari tu kena tunggu je dengan bunyi soundnya agak bising jgak, sebab masa tu aku main game, then orang call,, then screen blank, tapi sound ada. setelah nak dekat setengah jam membiarkan smartphone aku, aku ambil keputusan, tekan button on/off lama-lama sampai dia restart balik. alhamdulillah.. berjaya. :) haha,, jadi, sesiapa yang smartphonenya hanged, buatlah macam apa yang aku cakap td. in sha allah, smartphone akan restart.. selamat mencuba :)


Hello3,, post pada kali ni pula, aku nak post berkaitan dengan energy management pada laptop yang menggunakan perisian windows terbaru iaitu windows 8.

     Ok lah, baru-baru ni aku dah angkat satu laptop ni, aku angkat laptop ni pun atas nasihat member aku yang boleh lah dia punya kepakaran dalam bidang ni. Sesuai dengan budget dan spesifikasi yang aku hendak. Aku angkat lah notebook jenama lenovo yang menggunakan perisian wondows terbaru iaitu windows 8. Apa yang menarik sal laptop ni, sebelum aku nak beli (tengah-tengah) nak survey laptop, member aku ni dia terangkan apa yang ada pada laptop yang aku beli ni dengan laptop yang lain. Dengan tu r aku dapat tahu sal energy management ni.



     Apa yang aku tahu, energy management ni merupakan satu software dimana terdapat 4 menu didalam software tersebut iaitu power plan, battery, dust removal dan intellegence power saver iaitu ianya hanya melibatkan penggunaan hard disc.

     Dalam energy management ni, apa yang aku lihat, ia mempermudahkan lagi penggunaan hardware dalam laptop. bagi menu yang pertama iaitu power plan, benda ni merupakan benda yang asas yang mesti ada dalam kesemua laptop. Ianya akan melibatkan penggunaan yang kita akan tetapkan. Kegunaan power plan ini adalah jikalau kita menggunakan bateri dan hendak menggunakan laptop dengan power yang rendah, kita boleh memilih power saver. begitu juga dengan penggunaan high performance. penggunaan high perfomance ini boleh dipakai jikalau menggunakan direct pada plug sambung ke laptop. Kegunaan high perfomance kebiasaanya akan menambahkan kuasa dalam hardware untuk memproses dengan lebih laju dari biasa apabila sedang melakukan sesuatu pemindahan file didalam laptop.

     Yang keduanya ialah battery. bagi menu battery ini, didalam software ini menyediakan dua pilihan iaitu pertamanya ialah maximum battery life dan optimized battery health. Untuk maximum battery life ni ialah tetapan bagi user yang hendak plug yang terus ke laptop tu cas bateri laptop hingga 100%. tetapi harus peka aapabila bateri telah penuh ahris segera mematikan cas, kalau tidak macam biasa lah, bateri akan rosak. Berbeza pula dengan optimized battery health ini, apabila kita tetapkan penggunaan ini, kita tidak perlu risau, walaupun kita biarkan plug on, bateri anda tidak akan terus penuh seperti maximum battery life kerana ianya menetapkan 60% sahaja untuk mengecas dan selebihnya ia akan bertukar kepada penggunaan current direct. dengan menggunakan energy management ini, kita tidak perlu menanggalkan bateri laptop walaupun ketika sedang buat kerja.



     Seterusnya ialah dust removal. Dust removal ini berfungsi untuk membuang habuk didalam laptop anda. Tetapi pembuagan habuknya tidaklah sepenuhnya, ia hanya membuang mula dari keyboard hingga ke luar tempat fan. selebihnya, pengguna itu sendiri perlu menjaga laptop dia jangan diletakkan pada tempat yang berhabuk lebih-lebih lagi atas tilam.



     Akhir sekali ialah intellegence power, benda ni aku tak pernah test lagi apa fungsinya sebab ianya berkaitan hard disc, karang test2 ke klinik (kedai komputer) karang.. Haha.. Dah kena keluar fulus (RM).. :). Dan aku tak tahu lah software ni mugkin ada pada brand laptop lain. Ini cuma perkongsian sahaja berkaitan software ini, ok? 

     Ok lah, ni je perkongsian aku pada kali ni, aku tak lah pandai bab komputer ni, ni just perkongsian ilmu berkaitan dunia it.. :)

Thursday, 5 September 2013

Asslamualaikum w.b.t. perkongsian gadget saya pada kali ini membawa kepada apa itu power bank. power bank? siapa yang tak kenal dengan benda ni?,, lagi-lagi pada mereka yang kaki gadget dan juga kaki travelling ni,, benda ni boleh dikatakan memerlukan jika. tambahan lagi device sekarang yang banyak makan bateri.. macam smartphone contohnya.. 

     Power bank diibaratkan sebagai external supply power untuk mengecas bateri. Ianya akan digunakan apabila smartphone anda kehabisan bateri. mudahnya benda ini ia perlu dicas penuh bagi penyimpanan powernya, dan apabila penuh ianya boleh dibawa kemana sahaja untuk digunakan sebagai cas ketika anda diluar. mudah kan? tak perlu anda mencari soket ketika anda diluar semata-mata hanya untuk mengecas handphone anda..

     Untuk membeli power bank ini, perkara pertama yang anda perlu lihat adalah berapa supply powernya. Ianya dipanggil mAh iaitu Milliamps Hour. mAh ini merupakan kekuatan ataupun kapasiti bateri dalam power bank tersebut. jikalau semakin tinggi mAh itu, semakin banyak kali kita boleh pakai power bank itu untuk mengecas device kita. Kalau kecik mAhnya, akan berlaku sebaliknya. begitu juga semasa mengecas power bank ini, semakin tinggi mAhnya, makin lama lah benda tu nk penuh kan? cm isi air dalam tong jugak lah, kalau guna tong yang besar untuk isi air, kan lambat nk penuh.

     Ok, selepas korang tengok mAh dia, kedua korng tengok berapa slot charger yang dia ada. kadang-kadang ada sesetengah power bank ni ada satu slot je charger dia. depend lah pada korang yang nak pakai. kalau bagi siapa yang nk cas 2 device dalam satu masa ambillah yang power banknya ada dua slot charge. ok, untuk slot charge dalam power bank ini. terdapat 2 kebiasaannya yang biasa dilihat di pasaran. Yang pertama slotnya powernya mungkin agak rendah dan kebiasaannya digunakan untuk smartphone yang kecik2. kebiasaannya power supply ni dalam 5V/1.0 a. slot yang kedua plak kebiasaanya powernya dalam 5V/2.1 a. ianya biasa digunakan untuk device yang besar macam tab. sebab tab kan banyak gunakan bateri.

     Bila korang dah tahu untuk slot power bank, korang perlu tahu slot mana yang sesuai dengan device korang, (jangan main masuk ke) xpasal2 panas semacam hanphone korang nanti. ok, firstly korang mesti tahu berapa mAh device korang, nak check? senang je, pergi google. Type jenis hp, ok dekat situ dia ada nyatakan spesifikasi hp korang cmne, sebagai contoh ea 








     Ok, gambar yang pertama tu nampak kan berapa mAh dia? 4000 mAh kan? jadi korang kena lah guna slot power bank yang powernya 5V/2.1 a. 2.1 a ni merujuk kepada 2100 mAh. Jadi slot supply power ni had dia untuk 2100 mAh keatas sahaja. Untuk 4000 mAh tu kena lah masuk dekat slot yang kedua. Jadi bila cas pun supply powernya untuk cas device tu akan cepat penuh sebab sesuai dengan power mAh device tu. Untuk gambar kedua tu korang kena masuk slot yang pertama yang power dia 5v/1.0 a sebab had mAh device tu dalam 1305 mAh. Sebelum nak cas better tengok korang punya devicenya berapa mAh. ok?

     Akhir sekali korang mesti bertanya kepada orang kedai ataupun lihat power bank tu, ada tak soket untuk cas power bank tu, kadang-kadang ada sesetengah produk ni dia x sediakan tempat soket untuk cas. jadi kalau terjadi macam tu, better korang pergi cari soket cas usb untuk digunakan mengecas power bank. Ataupun kalau tak beli pun xmengapa, korang boleh guna cas yang sedia ada. Janji cas hp korang tuh dia pnya kepala jenis cas usb yang boleh cabut wayarnya. pakai tu pun boleh. Memang benda ni diaggap mudah tetapi perlu diambil tahu.


     Sebelum nak habiskan cerita cerita, power bank ni merupakan satu barang keperluan lah bagi siapa yang kerap kali gunakan smartphone ketika berada di luar. post ni sekadar untuk penambah pengetahuan tentang keperluan gadget terkini. Sekian terima kasih kerana meluangkan masa membaca sedikit sebanyak berkaitan post ni. :)